Popular Posts

Rabu, 10 Februari 2016

Jawatan Kuasa


  1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan pegawai pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan
  • Seorang Presiden  
  • Seorang Timbalan Presiden  
  • Seorang Setiausaha Kehormat  
  • Seorang Penolong Setiausaha  
  • Seorang Bendahari Kehormat  
  • 6 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

Yuran Dan Bayaran Masuk


  1. Kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. 
  2. Tiada yuran dan bayaran kemasukan akan dikenakan. Kemasukan adalah percuma bagi setiap pelajar.

Jumaat, 5 Februari 2016

KEAHLIAN

1. Pendaftaran ahli kelab hanya terbuka kepada semua pelajar semester satu hingga semester enam.
2. Kuota pengambilan ahli baru minimum 30 orang pelajar pada setiap semester dan maksimum 100 orang pelajar. Pendaftaran yang selebihnya akan diletakkan dalam senarai menunggu bergantung kepada jumlah keaktifan sedia ada.
3.Taraf keahlian akan diletakkan dalam pemerhatian dan diberikan notis peringatan sekiranya prestasi dan komitmen Ahli ‘Kelab Korpus Ilmu’ tidak memuaskan tanpa sebarang alasan yang kukuh dalam tempoh 2 minggu.
4.Keahlian tidak boleh ditukar milik kepada orang lain.
5.Seseorang Ahli ‘Kelab Korpus Ilmu’ yang gugur/digugurkan taraf keahlian tidak layak menuntut atau mendapat sebarang faedah yang ditawarkan sebagai ahli.

KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI KELAB

1.Tempoh pinjaman buku untuk ahli kelab selama tiga ( 3 ) minggu.
2.Jumlah pinjaman buku untuk ahli kelab sebanyak 5 judul.
3.Ahli kelab akan dijemput menghadiri aktiviti dianjurkan oleh perpustakaan.
4.Ahli kelab akan mendapat potongan 50% bagi setiap helaian kos mencetak.
5. Ahli kelab akan diberi kemudahan menyewa peti bagasi berkunci dengan kadar bayaran RM0.20 sehari sepanjang tempoh keahlian.
6. Ahli kelab akan diberi kad dan sijil keahlian Kelab.
7. Minuman ringan akan disediakan semasa menjalankan kerja-kerja atau aktiviti khusus di perpustakaan.

OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB

1.Memberi pengetahuan asas kepada kumpulan sasaran
mengenai perpustakaan dan kaedah pengendaliannya.
2.Memberi galakan kepada kumpulan sasaran untuk berkhidmat
kepada perpustakaan.
3.Memberi latihan dan membina kemahiran kepada kumpulan
sasaran dalam aspek pengurusan perpustakaan.
4.Menggalakkan dan menanam minat kepada kumpulan sasaran
untuk mempunyai perpustakaan sendiri.
5.Mendidik kumpulan sasaran menjadi pembimbing rakan sebaya
dalam aspek pendidikan pengguna perpustakaan.

MOTTO KELAB

“Responsif & Mesra”

Maksud Kelab Korpus Ilmu

Istilah Korpus bermaksud:
Himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt
kumpulan contoh penggunaan kata dll). Kamus Dewan Ed. 4
KORPUS : Kegunaan Orang Ramai ~PerPUStakaan
KORPUS : Kelab (Club) of Reading Purposes
~Himpunan masyarakat berilmu.~

Keterangan Logo




  1. Buku yang disentuh pada dahi sesudah dibaca/ berada pada kedudukan paling atas iaitu “Al Quran ul Karim”
  2. Illusi optik yang membentuk dua muka bertentangan merupakan pelajar-pelajar yang  berkomunikasi secara seimbang dan illusi bekas lilin merupakan wadah ilmu yang menyinari kehidupan.
  3. Imej keseluruhan logo yang membentuk kudup bunga mawar (yang belum kembang) menggambarkan Kelab Korpus Ilmu sebagai saluran atau simbol untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada semua.
  4. Warna merah membawa maksud keberanian (berlandaskan ilmu pengetahuan)/ agresif dan bersedia menyahut cabaran yang sihat
  5. Warna hijau ialah keseimbangan sifat dan tahap kematangan para pelajar yang cekal, sabar serta tidak bertindak dengan mengikut perasaan (berlawanan dengan sifat agresif)