Popular Posts

Sabtu, 6 Ogos 2016

Tamatnya program Jamuan Raya Kelab Korpus Ilmu

Alhamdulillah berakhir sudah jamuan raya Kelab Korpus Ilmu PUO bgi sesi Dis 2015 / Jun 2016.Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli semua Kelab Korpus Ilmu kerana sudi hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi jamuan raya ini.Diharapkan bertitik tolak dari program ini kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara ahli kelab dengan staf-staf perpustakaan.Insya allah program program yg lebih menarik menyusul selepas ini.Diharapkan program ini juga bukanlah program yg terawal dan terakhir untuk anda.Saya mewakili team AJK Kelab Korpus Ilmu memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan semasa program Jamuan Raya ini berjalan
#ingatkamitidakmeminta
#malahkamimemberi

Selasa, 2 Ogos 2016

Jamuan Raya Kelab Korpus Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Program yang amat dinanti-nantikan oleh ahli Kelab Korpus Ilmu PUO☺ kembali lagi iaitu *Program Jamuan Raya*.Kali ini dengan pengisian program✅ yang lebih menarik bukan sahaja diberi makan percuma malah kami juga turut mengadakan beberapa aktiviti dengan hadiah-hadiah misteri menanti anda semua

☘Antara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan ialah:
1) Selfie Raya
2) Cabutan Bertuah
3) Ucapan Raya Terbaik
4) Pakaian Raya Paling Win Win

Program Jamuan Raya Kelab Korpus Ilmu Akan Berlangsung Pada:
Hari : Jumaat
Tarikh : 5/8/2016
Waktu : 2.45 - 6.00 Petang
Tempat : Perpustakaan Politeknik Ungku Omar (Bilik Ibnu Sirin)

Format pakaian : Bagi Pelajar Muslim (Pakaian Baju Raya), Bagi Pelajar Non Muslim (Pakaian Digalakkan Mengikut Pakaiain Tradisional Kaum Masing-masing tetapi *hendaklah sopan

Note: Program ini adalah terbuka kepada seluruh Ahli Kelab Korpus Ilmu PUO.Jadi moh ler ajak kawan datang ramai-ramai